NASIONAL

Bendera Malaysia dikibar separuh tiang sehingga esok

22 Mei 2019, 12:34 PM
Bendera Malaysia dikibar separuh tiang sehingga esok

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Bendera Malaysia perlu dikibarkan separuh tiang mulai hari ini hingga esok bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menerusi satu kenyataan di laman Twitternya.

"Merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

"Bagi menghormati kemangkatan Almarhum baginda tuanku, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai 22.5.19 hingga 23.5.19," katanya.

Almarhum Sultan Ahmad Shah, 88, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.