NASIONAL

Saifuddin lakukan lawatan rasmi ke Vietnam

16 Mei 2019, 5:54 AM
Saifuddin lakukan lawatan rasmi ke Vietnam

PUTRAJAYA, 16 MEI: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kini sedang melakukan lawatan rasmi ke Vietnam bermula hari ini, lawatan pertama beliau ke negara itu sejak memegang jawatanberkenaan pada tahun lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Saifuddin dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Pham Binh Minh, yang juga Menteri Luar negara itu.

"Kedua-dua pihak (Malaysia dan Vietnam) dijangka berbincang pelbagai isu dua hala mencakupi tajuk yang luas selain isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," menurut Wisma Putra.

Kenyataan sama turut menyatakan bahawa lawatan itu membuka peluang kepada Malaysia dan Vietnam untuk memperkukuhkan komitmen dalam memperkasakan kerjasama bawah kerangka Perkongsian Strategik yang telah ditandatangani kedua-dua negara pada Ogos 2015.

Menurut Wisma Putra, hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Vietnam adalah besar dengan perdagangan dua hala dianggarkan bernilai US$13.31 bilion pada 2018, menjadikan Malaysia sebagai rakan dagangan ketujuh terbesar Vietnam.

Malaysia adalah sumber pelaburan asing langsung (FDI) ke-12 terbesar bagi Vietnam dengan jumlah pelaburan sebanyak US$7.04 bilion sejak 2013.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.