NASIONAL

Laporan Analisis Rantaian Bekalan bakal dibentang suku ketiga 2019

22 Apr 2019, 9:43 AM
Laporan Analisis Rantaian Bekalan bakal dibentang suku ketiga 2019

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PUTRAJAYA, 22 APR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijangka akan membentangkan laporan Analisis Rantaian Bekalan pada suku ketiga tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, analisis itu dijalankan bagi mengenal pasti peringkat yang menyumbang kepada peningkatan harga akhir runcit kepada pengguna.

Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) menyarankan kepada pihaknya supaya membuat kajian terhadap 10 barangan harian paling popular kepada pengguna.

"Analisis ini sedang berjalan dan kita jangka akan sudahkan pada suku ketiga tahun ini. Laporan awal sudah ada tetapi saya rasa ia perlu penambahbaikan dan perincian lagi.

"Semua sedia maklum, asas rantaian bekalan membabitkan sumber, pengeluar, pengedar, pemborong dan peruncit. Jadi dengan analisis ini, kita akan tahu pada tahap mana menyumbang kepada kenaikan kos dan berapa peratus kenaikan yang terjadi.

"Secara logiknya jika rantaian bekalan itu dikurangkan, maka harga barang yang sampai pada pengguna akan lebih rendah," katanya pada Program Dialog YB Menteri KPDNHEP bersama media, di Rumah Kelab KPDNHEP, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, jika hasil dapatan analisis itu mengemukakan syor dan cadangan baharu, kerajaan perlu bersedia mengubah suai segala polisi dan dasar yang ada.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.