NASIONAL

Bob Paisley inspirasi 'Home Kit' Liverpool 2019/20

18 Apr 2019, 8:47 AM
Bob Paisley inspirasi 'Home Kit' Liverpool 2019/20

OLEH AFIX REDZUAN

ANFIELD, 18 APRIL: Liverpool menjadi kelab Liga Perdana Inggeris pertama melancarkan jersi bagi musim 2019/2020 dengan warna merah kekal menjadi pilihan 'Home Kit'.

Perkara itu diumumkan menerusi laman rasmi Liverpool.com sekitar 4 petang hari ini waktu Malaysia.

Jersi keluaran New Balance untuk musim hadapan memberi penghormatan kepada legenda Bob Paisley, pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab, pada ulang tahun ke-100 kelahirannya.

Sebagai penghormatan khas kepada legasi Paisley, setiap jersi mempunyai tandatangannya di bahagian dalam leher dan 'tag swing'.

'Home Kit' ini dijual pada harga £59.99 (RM324) untuk lengan pendek dan £64.99 (RM351) bagi lengan panjang.

Warna merah 'Home Kit' itu dipadankan dengan warna hitam untuk penjaga gol dan tempahan awal boleh dibuat menerusi store.liverpoolfc.com/kit/home-kit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.