SELANGOR

Hujan ribut petir di Selangor diramal hingga Isnin depan

9 Apr 2019, 2:26 AM
Hujan ribut petir di Selangor diramal hingga Isnin depan
Hujan ribut petir di Selangor diramal hingga Isnin depan
Hujan ribut petir di Selangor diramal hingga Isnin depan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 APR: Selangor diramalkan mengalami cuaca hujan ribut petir dan ia dijangka berlarutan hingga Isnin depan, 15 April.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman web rasminya memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramalkan berlaku sepanjang waktu pagi dan juga petang, di beberapa lokasi.

"Antara lokasi yang dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

"Namun diramalkan hujan berlaku pada waktu malam di beberapa lokasi," kata laporan berkenaan.

Namun cuaca di Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang dijangka berubah panas bermula Sabtu hingga Isnin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.