BERITA UTAMA

Jamaliah lawat pangsapuri, pantau isu setempat

2 Apr 2019, 11:02 PM
Jamaliah lawat pangsapuri, pantau isu setempat

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PETALING JAYA, 3 APR: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama mengadakan perjumpaan mesyuarat dan lawatan tapak secara bergilir dengan wakil penduduk di tiga pangsapuri, di Bandar Utama.

Pertemuan yang diadakan pada 30 Mac lalu itu membabitkan Pangsapuri Damai, Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Puteri.

Jamaliah Jamaluddin berkata, hasil pertemuan bersama penduduk, pelbagai isu diajukan kepada pihaknya walaupun sebahagiannya adalah di bawah tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Katanya, walaubagaimanapun pihaknya akan berusaha membantu dan menyelesaikan isu terbabit.

"Satu isu yang dikemukakan penduduk Pangsapuri Permai dan Bayu Puteri adalah berkaitan kes tanah runtuh tahun lalu yang masih belum dibaik pulih.

"Sebenarnya perkara ini diurus oleh pihak JMB, namun sebab kami bimbang keselamatan penduduk, kami setuju tanggung kos baik pulih kawasan itu.

"EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha juga setuju menyalurkan peruntukan itu," tulisnya di Facebook.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Perbendaharaan Negeri Selangor dan akan mengadakan taklimat penerangan kepada penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.