GLOBAL

Quebec mahu halang penjawat awam pakai hijab, kippah

29 Mac 2019, 8:44 AM
Quebec mahu halang penjawat awam pakai hijab, kippah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 MAC: Sebuah wilayah di Kanada mahu menguatkuasakan undang-undang yang menghalang penjawat awam mengenakan pakaian bersimbol agama di tempat kerja.

Rang undang-undang itu membabitkan hakim, pendakwa, pegawai polis, guru dan beberapa jawatan kerajaan yang lain, lapor portal BBC semalam.

Diperkenalkan oleh gabungan Coalition Avenir Quebec (CAQ), Rang Undang-Undang 21 membabitkan penutup kepala seperti kippah bagi Yahudi, turban (Sikh) dan hijab (Islam).

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, beberapa kumpulan sedang berusaha menentang undang-undang yang dicadangkan parti pemerintah itu.

CAQ, menang pada pilihan raya musim luruh lalu, berharap dapat meluluskan undang-undang itu pada musim panas nanti dengan alasan ia mewakili "nilai-nilai" penduduk wilayah itu.

Sebuah persatuan pendidikan, yang mewakili 43,000 ahli, membantah larangan tersebut yang dianggap melanggar hak-hak asasi di Kanada.

Isu agama dan pentadbiran sekular sering menjadi perdebatan di wilayah berkenaan sejak sedekad lalu, malah rang undang-undang ini bukan usaha pertama yang mahu diperkenalkan parti politik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.