NASIONAL

Pencemaran sisa kimia: KKM nafi lambat bertindak

14 Mac 2019, 7:27 AM
Pencemaran sisa kimia: KKM nafi lambat bertindak

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan pihaknya lewat bertindak dalam membantu mangsa kes pencemaran sisa kimia, di Pasir Gudang, Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mula memberikan bantuan rawatan kepada mangsa terbabit, sejak hari pertama kejadian, pada 7 Mac lalu.

“KKM sudah mula bertindak sejak hari pertama, saya juga menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri sejak hari pertama untuk merangka gerak kerja bersama.

“Isu KKM lewat tidak benar sama sekali, kita sentiasa memberi rawatan kepada pesakit,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar, di lobi Parlimen hari ini.

Dr Dzulkefly turut menafikan spekulasi terdapat mangsa yang meninggal dunia ekoran pencemaran bahan kimia itu.

“Pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi juga berada dalam keadaan stabil, tiada yang membahayakan, kami yakin boleh menguruskannya dengan baik dan tidak sampai tahap menyebabkan kematian.

“Kami juga menambah katil rawatan untuk menampung pesakit dan bersedia menambah jumlah jika perlu,” katanya. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.