BERITA UTAMA

Mesej gangguan bekalan air palsu

6 Mac 2019, 2:12 AM
Mesej gangguan bekalan air palsu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 MAC: Mesej yang tular di laman sosial berhubung gangguan bekalan air, di tujuh lokasi, di sekitar Lembah Klang adalah tidak sahih.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, mesej itu kononnya mendakwa kesemua lokasi terbabit akan mengalami masalah bekalan air, bermula hari ini.

"Mesej itu sebenarnya disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dan Air Selangor berharap supaya orang ramai mengabaikannya.

"Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk aplikasi 'Air Selangor' yang boleh dimuat turun melalui Google Play atau AppStore, atau layari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info gangguan bekalan air," katanya dalam kenyataan.

Semalam, tular di media sosial termasuk whatsapp berhubung notis gangguan bekalan air di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Pada masa sama, Air Selangor turut memohon kerjasama pelanggan untuk tidak menyebarkan mesej tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.