ad
SELANGOR

SPR tiada kuasa halang pemimpin berjalan, bersalaman

2 Mac 2019, 5:43 AM
SPR tiada kuasa halang pemimpin berjalan, bersalaman

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 2 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemimpin mana-mana parti untuk berada di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih walaupun tempoh berkempen sudah tamat pada jam 12.00 malam tadi.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, ini termasuk membabitkan pemimpin sebuah parti dikatakan melakukan 'walkabout' di sebuah pasar pagi, pagi tadi.

"SPR tak boleh halang mana-mana pihak termasuk pemimpin parti untuk berjalan dan bersalaman dengan orang ramai.

"Orang berjalan dan bersalaman itu perkara biasalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Rinching di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, semua pihak perlu mematuhi peraturan yang tidak membenarkan kempen selepas jam 12.00 tengah malam pada hari terakhir kempen.

Sementara itu mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil Semenyih, Azhar menjangkakan keputusan akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam nanti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.