PBT

SAOW di AEON Big Bukit Rimau Sabtu ini

26 Feb 2019, 8:58 AM
SAOW di AEON Big Bukit Rimau Sabtu ini

OLEH NOR UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 26 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak “Shah Alam On Wheel” (SAOW) di Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan disediakan bermula jam 11 pagi hingga 5 petang adalah bagi kemudahan orang ramai berurusan dengan pihak berkuasa tempatan itu.

"Orang ramai berpeluang untuk membayar cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta dan sebagainya pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Melalui perkhidmatan ini, saya berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.