SELANGOR

RusSEL anjur Bengkel Seni Cetak bersama seniman

18 Feb 2019, 8:59 AM
RusSEL anjur Bengkel Seni Cetak bersama seniman

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 FEB: Rumah Seni Selangor (RusSEL) mempelawa orang ramai untuk menyertai Bengkel Seni Cetak (Etching) di CHETAK 12 STUDIO, Ampang, pada 25 dan 26 Februari ini.

Program yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dijadual bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Kurator II RUsSEL, Alina Abdullah berkata, bengkel berkenaan akan diajar oleh seniman Samsudin Wahab dan Faizal Suhif dari Chetak 12 Studio.

"Hari pertama bengkel tertumpu kepada teknik penghasilan plat cetak, manakala hari kedua pula bengkel mencetak karya goresan (etching) peserta ke atas kertas.

"Peserta boleh memilih sama ada mahu belajar teori sahaja atau praktikal," katanya.

Bayaran penyertaan bagi bengkel berasaskan praktikal adalah RM180 termasuk harga plat, selain turut didedahkan dengan bengkel teori secara percuma.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi urusetia (Farez) di talian 012-9367296.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.