ad
NASIONAL

Orang ramai mula pulang, aliran trafik lancar

8 Feb 2019, 2:51 AM
Orang ramai mula pulang, aliran trafik lancar
Orang ramai mula pulang, aliran trafik lancar

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10.30 pagi ini.

​​​​​​​​​​​​​​Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

“Kita menjangkakan aliran trafik tinggi pada sebelah petang ini serta mulai esok dan Ahad, kerana orang ramai mula pulang dari kampung selepas cuti untuk kembali bekerja,” katanya lapor BERNAMA.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 juga dilapor lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.