GLOBAL

EPL: City benam Huddersfield, terus kejar Liverpool

21 Jan 2019, 2:06 AM
EPL: City benam Huddersfield, terus kejar Liverpool

LONDON, 21 JAN: Manchester City terus bersaing dengan Liverpool dalam perburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan kelab terbawah, Huddersfield 3 - 0 di Stadium John Smith malam tadi.

Pasukan kendalian Pep Guardiola kini hanya dibezakan empat mata dengan The Reds (60 mata) di puncak liga, dan terus menghidupkan peluang bagi mengekalkan kejuaraan dimenangi musim lalu.

Jaringan Danilo pada minit ke 18 memastikan City mendahului The Terriers pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, City hanya memerlukan sembilan minit untuk gol kedua bagi mengukuhkan kedudukan melalui penyerang England, Raheem Sterling yang menanduk bola melepasi penjaga gol lawan, Jonas Lossl.

City terus membenam cabaran Huddersfield dengan gol ketiga hasil jaringan Leroy Sane (m56) selepas menyudahkan hantaran Sergio Aguero dengan sempurna.

SUMBER: AFP

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.