NASIONAL

Ringgit lebih tinggi berbanding Dolar US dalam dagangan awal

15 Jan 2019, 3:22 AM
Ringgit lebih tinggi berbanding Dolar US dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Ringgit lebih tinggi berbanding dolar US pada sesi dagangan awal hari ini, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit pada paras 4.0950/0990 berbanding 4.0970/0020 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata pelabur akan memberi perhatian pada angka data pengangguran Malaysia bagi November yang akan dikeluarkan hari ini.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0271/0305 daripada 3.0238/0286 dicatatkan pada Isnin dan pound British kepada 5.2752/2807 daripada 5.2577/2653, sebelumnya.

Mata wang tempatan turut jatuh berbanding euro kepada 4.6982/7048 daripada 4.6960/6034.

Ia, bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.7791/7831 daripada 3.7879/7936.

SUMBER: BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.