NASIONAL

Anwar ulangi tiada pertelingkahan dengan Tun M

7 Jan 2019, 8:55 AM
Anwar ulangi tiada pertelingkahan dengan Tun M

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan tidak wujud sebarang pertelingkahan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan kuasa.

Presiden KEADILAN itu dalam kenyataan hari ini berkata, persetujuan berkenaan proses dan pelan transisi itu juga dicapai serta dimuafakati di peringkat Pakatan Harapan (PAKATAN).

Beliau turut mengakui menyedari terdapat pelbagai andaian berhubung peralihan kuasa yang dipetik media perdana dan sosial dengan mengandaikan wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan.

"Sejurus pertemuan saya bersama Tun Dr Mahathir pada Rabu lalu, saya mengulangi pendirian bahawa Tun wajar diberi ruang dan dukungan untuk mengemudi kerajaan.

"Kepimpinan PAKATAN harus kekal fokus terhadap isu yang menekan dengan meringankan beban rakyat, menyegerakan reformasi institusi dan mengheret mereka yang mencurangi dana awam ke muka pengadilan," katanya.

Pada masa sama, Anwar turut mendukung pernyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan PAKATAN adalah kuat dan sedang bekerja serta berusaha memenuhi janji kepada rakyat.

"Kerajaan ini mewakili semua rakyat merentas kaum dan agama serta menolak sebarang bentuk prejudis juga ancaman mengganggugugat ketenteraman awam.

"Walaupun banyak dicapai, cabaran yang mendatang memerlukan kerjasama dan dukungan kuat semua pihak dalam PAKATAN," katanya.

Beliau turut menyedari ada pihak yang mahu melihat PAKATAN gagal selain menggesa pimpinan supaya berwaspada dengan watak yang lebih senang dengan budaya kronisme, cuba mengumpul kekayaan dan mengabaikan keadilan serta kebajikan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.