ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga 3 Januari

29 Dis 2018, 1:30 AM
Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga 3 Januari

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan bermula 29 Disember sehingga 3 Januari depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Fenomena angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat dalam tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.