NASIONAL

APMM tahan kapal bawa diesel bernilai RM91,800 di Miri

19 Nov 2018, 3:00 AM
APMM tahan kapal bawa diesel bernilai RM91,800 di Miri

MIRI, 19 Nov: Dua buah kapal ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana melakukan pemindahan 51,000 liter diesel bernilai RM91,800 tanpa kebenaran di perairan Miri tengah, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman berkata, kedua-dua kapal tersebut ditahan di 7.4 batu nautika dari Tanjung Kuala Baram pada pukul 12.35 tengah , semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran atau lesen pemindahan minyak diesel dari kapal ke kapal.

“Seramai 12 kru kapal, Iapan warganegara serta empat warga Indonesia berusia 29 hingga 42 tahun ditahan dan kesemua kru tersebut memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya, kejayaan operasi tersebut adalah berdasarkan maklumat diterima daripada Unit Perisikan dan APMM akan meningkatkan lagi rondaan di perairan Miri bagi memastikan keselamatan serta tiada kegiatan menyalahi undang-undang negara dilakukan.

-Bernama

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.