NASIONAL

Belanjawan 2019 selari manifesto PAKATAN

2 Nov 2018, 12:06 PM
Belanjawan 2019 selari manifesto PAKATAN

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Belanjawan 2019 membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, ia dapat dilihat menerusi subsidi bersasar antaranya Bantuan Sara Hidup dan RON95

seperti dibangkitkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PAKATAN) sebelum ini.

"Saya anggap belanjawan ini melegakan kerana kerana ada keupayaan menampung susutan ekoran ketiadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Walaupun dalam bentuk dividen khas Petronas tetapi jumlah sebesar RM35 bilion itu kemudian digunakan untuk membayar balik hutang GST dan cukai pendapatan," katanya di lobi Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai komprehensif merangkumi semua masyarakat, di Malaysia termasuk kumpulan berpendapatan rendah (B40), pertengahan (M40) dan Orang Asal.

"Belanjawan ini juga selari dengan janji manifesto PAKATAN sebelum pilihan raya antaranya subsidi petrol," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.