NASIONAL

Pembentangan Belanjawan 2019 bermula kecoh

2 Nov 2018, 8:56 AM
Pembentangan Belanjawan 2019 bermula kecoh

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat, hari ini bermula kecoh.

Ahli parlimen pembangkang sudah mula membuat bunyi 'boo' ketika Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mula berucap, pada jam 4 petang tadi.

Ia gara-gara Guan Eng mengucapkan tahniah kepada rakyat kerana menukar kerajaan kleptokrasi selepas 61 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Sejarah tercatat hari ini apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh kerajaan baharu, sejak negara mencapai kemerdekaan, pada 1957.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.