ALAM SEKITAR & CUACA

Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat taufan

28 Okt 2018, 8:58 AM
Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat taufan
Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat taufan
Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat taufan

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Taufan Rosita kini berada kira-kira 939km ke timur laut Manila, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam.

Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan pencerapan 2 petang hari ini, MetMalaysia menyatakan jarak taufan itu dari bandar terdekat di negara ini adalah kira-kira 1,791 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.