NASIONAL

'Pantun' sinis Noh gamatkan Parlimen

22 Okt 2018, 3:15 AM
'Pantun' sinis Noh gamatkan Parlimen

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Dewan Rakyat kecoh pagi ini selepas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menyampaikan 'pantun' sinis kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika mengutarakan soalan lisannya berkenaan Projek Laluan Rel Pantai Timur, pimpinan Umno itu menyebut pantun berbunyi 'Soalan saya nombor enam, menteri jawab janganlah tipu'.

Tindakan Noh itu ditegur Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang meminta pantun berkenaan ditarik balik.

"Pantun Yang Berhormat ini mengandaikan menteri akan menipu, jadi saya minta tarik balik.

"Tindakan memberi pantun ini akan menimbulkan sangkaan jahat," katanya.

Guan Eng turut berkali-kali meminta Noh menarik balik sebelum beliau memberi jawapan.

Bagaimanapun, bekas menteri kabinet itu menarik kembali pantunnya hanya selepas dua minit diasak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.