SELANGOR

Zawawi turun padang bantu Halimey

29 Ogos 2018, 9:37 AM
Zawawi turun padang bantu Halimey

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 29 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin kemampuan Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar untuk mengekalkan kerusi DUN itu bawah Pakatan Harapan (PAKATAN).

Katanya, calon PAKATAN itu bukan sahaja anak muda berjiwa besar, malah sudah sekian lama bergerak dilapangan membantu masyarakat di situ ketika menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Sebagai anak jati yang membesar di kawasan Kampung Lindungan dan menjadi Ahli Majlis dalam jangka masa lama tentunya beliau sangat masak dan faham tentang 'sepak terajang' di situ," katanya.

Mohd Zawawi dalam masa sama memohon semua pengundi DUN Seri Setia keluar mengundi pada 8 September ini.

"Pilihlah Halimey, calon terbaik menerajui Seri Setia dan membawa perubahan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.