EKONOMI

Ringgit diniaga 4.1030/1070 berbanding dolar US

17 Ogos 2018, 2:04 AM
Ringgit diniaga 4.1030/1070 berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Ringgit didagangkan tidak berubah berbanding dolar US daripada penutup semalam kerana pelabur sedang menunggu pengumuman pertumbuhan ekonomi negara untuk suku kedua oleh Bank Negara Malaysia.

Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1030/1070 berbanding dolar US.

Seorang peniaga berkata, pedagang juga tidak membuat urus niaga memandangkan Washington akan mengadakan semula perbincangan perdagangan dengan Beijing minggu depan.

“Selain itu, penularan krisis lira di Turki juga sudah reda,” katanya.

Sementara itu, ringgit susut berbanding beberapa mata wang.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.2170/2229 daripada 5.2112/2179 pada Khamis dan rendah sedikit berbanding euro pada 4.6659/6717 daripada 4.6651/6705.

Ringgit meningkat sedikit berbanding yen kepada 3.7001/7043 daripada 3.7021/7067 semalam, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9820/9856 daripada 2.9810/9856.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.