ALAM SEKITAR & CUACA

Gempa bumi 5.5 magnitud gegar Sumatera Utara

16 Ogos 2018, 4:44 AM
Gempa bumi 5.5 magnitud gegar Sumatera Utara

JAKARTA 16 OGOS: Gempa bumi berukuran 5.5 pada Skala Richter menggegarkan provinsi Pulau Sumatera Utara pagi ini.

Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku 10.20 pagi waktu Indonesia Barat.

Pusat gempa itu berlaku perairan Teluk Dalam di kedalaman 10 kilometer, iaitu 65 kilometer dari Tenggara Nias Selatan. Menurut BMKG, gempa itu tidak berpotensi tsunami.

Setakat ini belum terdapat maklumat berkenaan kesan gempa bumi itu terhadap penduduk di sekitar Pekan Baru dan Padang di Pulau Sumatera itu.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.