EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka kukuh

15 Ogos 2018, 2:03 AM
Bursa Malaysia dibuka kukuh

KUALA LUMPUR 15 OGOS: Bursa Malaysia dibuka kukuh hari ini, disokong oleh aktiviti belian dalam saham utama dan saham kecil diketuai oleh Tenaga dan dalam masa yang sama menjejaki penutup tinggi di Wall Street semalam.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1.25 mata lebih tinggi iaitu 1,785.03 daripada penutup semalam iaitu 1,783.78.

Indeks berkenaan dibuka 0.80 mata lebih kukuh pada 1,784.58.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 164 berbanding 59 dengan 183 tidak berubah, 1,477 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 109.96 juta unit dengan nilai RM49.68 juta.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.