EKONOMI

Ringgit diniaga tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.0740/0790

8 Ogos 2018, 2:07 AM
Ringgit diniaga tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.0740/0790

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Ringgit mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada jam 9.13 pagi, ringgit tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.0740/0790 penutup semalam.

Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9859/9898 daripada 2.9842/9881 dan susut berbanding euro kepada 4.7258/7320 daripada 4.7218/7284.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.6564/6619 daripada 3.6640/6692 dan menokok berbanding pound British kepada 5.2693/2762 daripada 5.2819/2905.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.