EKONOMI

Nilai Ringgit mengukuh

10 Jul 2018, 2:35 AM
Nilai Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR 10 JUL: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan, di tengah-tengah redanya ketegangan perang perdagangan, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada 4.0180/0230 berbanding dolar AS berbanding 4.0250/0300 penutup Isnin.

Berbanding mata utama lain, ringgit didagangkan mengukuh.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9679/9723 daripada 2.9731/9772 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6208/6263 daripada 3.6439/6487.

Ringgit mengukuh berbanding euro pada 4.7252/7315 daripada 4.7366/7437 dan bertambah baik berbanding pound British kepada 5.3279/3349 daripada 5.3681/3756.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.