ad
SELANGOR

Lebih 700 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dato' SUK

6 Jul 2018, 10:13 AM
Lebih 700 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dato' SUK
Lebih 700 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dato' SUK
Lebih 700 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dato' SUK

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 JULAI: Lebih 700 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya, di Kediaman Rasmi Seri Indera, di sini, hari ini.

Majlis yang bermula seawal jam 2.30 hingga 6 petang itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin sempat meluangkan masa lebih setengah jam bagi memeriahkan majlis dengan ketibaannya disambut Mohd Amin.

Selain itu, majlis turut dihadiri Exco dan kepimpinan dari seluruh agensi serta rakan korporat anak syarikat Kerajaan Negeri.

Antara tarikan utama majlis itu adalah hidangan durian selain pelbagai menu unik antaranya makanan Korea seperti topokki; makanan Vietnam, miengkam dan goicuon.

Makanan tradisi Aidilfitri turut dihidangkan antaranya lemang, ketupat, kuah kacang dan mi sup.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.