EKONOMI

Dagangan dua hala Malaysia, China dijangka melebihi US$100 bilion

19 Jun 2018, 1:02 AM
Dagangan dua hala Malaysia, China dijangka melebihi US$100 bilion

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China dijangka melebihi US$100 bilion tahun ini berbanding US$96 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Duta China ke Malaysia, Bai Tian berkata hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu turut berkembang sebanyak 14.7 peratus kepada US$42.7 bilion dalam lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Import dari China ke Malaysia adalah sebanyak US$18 bilion manakala eksport ke China adalah US$25 bilion.

"Jika momentum sama dapat dikekalkan, saya yakin jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara ini akan melangkaui US$100 bilion.

"Malah, menerusi kehadiran Alibaba di Malaysia, sektor e-dagang dan e-perniagaan dapat mewujudkan lebih banyak peluang yang akan meningkatkan lagi dagangan dua hala kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian ibu pejabat baharu Alibaba Group, di sini, semalam.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.