BERITA UTAMA

Trump yakin jalin hubungan baik dengan Jong-un

12 Jun 2018, 2:04 AM
Trump yakin jalin hubungan baik dengan Jong-un

SINGAPURA 12 JUN: Presiden Donald Trump meramalkan beliau akan menjalin 'hubungan hebat' dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, hari ini, ketika kedua-duanya bertemu pada pertemuan bersejarah di Singapura.

"Kami akan mempunyai hubungan hebat, saya tidak ragu-ragu lagi," kata Trump dengan senyuman dan sentuhan di belakang Jong-un yang bertentangan dengan ketegangan dan pertumpahan darah antara kedua-dua musuh Perang Dingin selama beberapa dekad itu.

Sementara itu, Jong-un, berkata Korea Utara dan Amerika Syarikat berjaya mengatasi halangan untuk mengadakan sidang kemuncak itu.

SUMBER/FOTO: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.