BERITA UTAMA

Sultan Selangor solat Jumaat bersama rakyat

8 Jun 2018, 7:10 AM
Sultan Selangor solat Jumaat bersama rakyat
Sultan Selangor solat Jumaat bersama rakyat
Sultan Selangor solat Jumaat bersama rakyat

OLEH AFIX REZUAN

PETALING JAYA, 8 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli berangkat menunaikan solat fardhu Jumaat, di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz (MJSAA).

Ketibaan baginda pada jam 12.45 tengah hari disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Exco dan kepimpinan pentadbiran MJSAA.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan baginda kemudian mendirikan solat sunat tahiyatul masjid.

Solat fardhu Jumaat dipimpin Imam I (MJSAAS), Ezmir Kushairy dengan khutbah bertajuk ‘Pecutan Terakhir Ramadan’.

Khatib dalam ucapannya mengingatkan jemaah supaya merebut peluang meningkatkan amalan, pada 10 malam terakhir Ramadan sebagai usaha mendapat ganjaran dengan bertemu malam Lailatul Qadar.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum meninggalkan perkarangan masjid sekitar jam 2.15 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.