NASIONAL

PRESMA jamin harga makanan turun

30 Mei 2018, 3:31 AM
PRESMA jamin harga makanan turun

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 30 MEI: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) memberi jaminan harga makanan di restoran ahlinya akan diturunkan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar peratus, berkuat kuasa 1 Jun ini.

Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, pihaknya memerlukan sebulan bagi menstruktur dan menilai semula harga makanan selepas enam peratus cukai GST itu ditolak.

"PRESMA tidak menolak perkara itu sukar dilaksanakan, namun percaya masalah harga dapat diselesaikan dalam kadar segera.

"Saya berharap pengguna juga memainkan peranan dan mereka bersuara jika harga tidak diturunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar PRESMA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, semalam.

Kiraa-kira 250 anak yatim diraikan dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.