NASIONAL

PAKATAN fokus jayakan janji 100 hari

21 Mei 2018, 2:28 AM
PAKATAN fokus jayakan janji 100 hari

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan memberi keutamaan menunaikan janji 100 hari selepas berjaya mengambil alih pentadbiran negara, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Kewangan yang dinamakan, Lim Guan Eng berkata, bagi menunaikan manifesto itu, pihaknya kini sedang mengumpulkan penyata kewangan negara untuk diteliti.

"Kita perlu berhati-hati dan mengumpulkan penyata kewangan terlebih dulu. Itu penting untuk masa sekarang.

"Kita perlu menimbangkan penyata kewangan ini dan beberapa kajian serta semakan perlu dilakukan terlebih dahulu," katanya dalam sidang media di Pulau Pinang.

Manifesto PAKATAN antara lain adalah memansuhkan konsesi tol, termasuk tol di Jambatan Pulau Pinang.

Pengumuman pemansuhan itu dijangka dibuat Majlis Penasihat Kerajaan, minggu ini.

Sebelum ini, PAKATAN sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bermula 1 Jun ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.