NASIONAL

Pujian Bank Dunia & IMF tak bermakna jika rakyat sengsara - Anwar

17 Mei 2018, 2:05 AM
Pujian Bank Dunia & IMF tak bermakna jika rakyat sengsara - Anwar
Pujian Bank Dunia & IMF tak bermakna jika rakyat sengsara - Anwar

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 17 MEI: Pujian Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak memberi apa-apa makna sekiranya rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana keluhan rakyat terbanyak mencerminkan realiti kehidupan sebenar mereka.

"Saya tak peduli Bank Dunia kata apa, saya tak peduli IMF kata apa atau laporan perniagaan antarabangsa kata apa tapi saya peduli kalau rakyat tidak dipedulikan," katanya di hadapan kira-kira 5,000 yang membanjiri Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, malam tadi.

Beliau berkata, pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini begitu berbangga apabila Bank Dunia dan IMF mengeluarkan laporan positif mengenai ekonomi dan kewangan negara.

Anwar berkata, sedangkan BN sendiri mengutuk beliau apabila IMF dan Bank Dunia memuji beliau ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.