EKONOMI

Keyakinan pelabur kembali ke Bursa Malaysia

15 Mei 2018, 2:36 AM
Keyakinan pelabur kembali ke Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 15 MEI: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini disokong minat belian kukuh berikutan keyakinan pelabur terus pulih selepas keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Pada jam 9.16 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.05 mata pada 1,853.47 daripada 1,850.42 penutup Isnin.

Indeks dibuka 6.80 mata lebih tinggi pada 1,857.22.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 302 berbanding 193, manakala 203 tidak berubah dengan 1,171 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 473.47 juta saham bertukar tangan bernilai RM368 juta.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.