ad
SELANGOR

KEADILAN tidak pernah sisihkan agama

3 Mei 2018, 2:45 AM
KEADILAN tidak pernah sisihkan agama
KEADILAN tidak pernah sisihkan agama

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 3 MEI: Isteri kepada Dato' Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin membidas tuduhan liar yang mendakwa kononnya KEADILAN menyisihkan Islam.

Katanya, fitnah itu dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab demi publisiti murahan, sekali gus meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Jika anda ingin tahu, Insentif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan Kerajaan Selangor adalah berkonsepkan 'rahmatan lilalamin', iaitu rahmat atau rezeki untuk semua, bukan sahaja kepada beragama Islam tetapi bagi orang bukan Islam juga.

"Itulah konsep Islam sebenar, tidak mengira bangsa, agama mahupun golongan, justeru saya amat sedih dan kesal dengan dakwaan jahat yang mengatakan KEADILAN tidak menitikberatkan agama," katanya.

Shamshida yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) berkata, beliau bersama pertubuhan itu sudah beberapa kali menganjurkan program berbentuk keagamaan.

Namun, katanya, seperti biasa ia tidak mendapat liputan daripada media arus perdana berhubung pelbagai aktiviti dianjurkan pertubuhan berkenaan.

"Untuk pengetahuan, hampir 30 kali program khatam dan tadabbur al-Quran diadakan di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar, saya jemput semua wanita tanpa mengira usia dan parti.

"Tetapi sayangnya, tidak dinafikan ada wanita dari parti tertentu tidak mahu menyertai program agama ini ekoran ada ahli parti lain yang turut serta, adakah ini akhlak yang perlu dicontohi? Untuk menjadi rakyat bagi sebuah negara hebat, kita perlu buang mentaliti ini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.