NASIONAL

Malaysia tak muflis jika GST tak dilaksanakan

23 Apr 2018, 9:17 AM
Malaysia tak muflis jika GST tak dilaksanakan

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 23 APR: Tindakan pengecualian pembayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh sebuah syarikat China, mengkhianati rakyat Malaysia.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan terbabit tidak adil dan amanah yang diberikan rakyat dipersiakan.

"Syarikat ini diberikan kontrak bernilai RM52 bilion bagi membina Landasan Pantai Timur (ECRL) tetapi dikecualikan GST.

"Jika syarikat asing tidak bayar GST, kenapa rakyat Malaysia perlu bayar?

"Saya terkejut dengan kenyataan dari Ketua Pengarah Kastam itu bahawa syarikat itu dikecualikan GST.

"Adakah perkara ini adil? Petani dan peneroka ditekan membayar GST, pegawai kerajaan perlu bayar GST, ini tindakan tidak adil dan mengkhianati rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja dan Menyantuni Rakyat ke Daerah Kuala Selangor.

Pada masa sama, Timbalan Presiden itu berkata PAKATAN turut berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari jika PAKATAN menerajui Putrajaya.

Beliau berkata kenyataan Kerajaan Persekutuan yang mendakwa negara akan muflis jika tidak melaksanakan GST juga tidak munasabah.

Sebaliknya, katanya, pemimpin yang rasuah dan menyalahguna kuasa menyebabkan negara muflis.

"Saya mahu menjawab tohmahan ini, Malaysia tidak akan muflis jika GST tidak dilaksanakan.

"Tetapi negara akan muflis jika pemimpin menyalahguna kuasa dan rasuah. Jika rakyat beri kita mandat lebih besar pada 9 Mei ini, saya dan pimpinan berjanji dalam tempoh 100 hari, kita akan hapuskan GST," katanya.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.