BERITA UTAMA

Institusi agama Kuala Langat terima sumbangan RM650,000

20 Apr 2018, 8:25 AM
Institusi agama Kuala Langat terima sumbangan RM650,000
Institusi agama Kuala Langat terima sumbangan RM650,000

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 20 APR: Sejumlah RM650,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk masjid, surau, sekolah rendah agama (SRA) dan maahad tahfiz sekitar Kuala Langat.

Sumbangan disampaikan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali di Masjid As Solohin, Kampung Kanchong Darat, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin.

Bercakap kepada Selangorkini, Mohamed Azmin berkata, sumbangan terbabit bagi membaik pulih infrastruktur yang rosak, di institusi agama berkenaan.

Katanya, ia selaras dasar Kerajaan Negeri untuk melihat institusi terbabit diangkat martabatnya.

"Kita mahu institusi ini terus diangkat dan anak syarikat mendukung usaha berkenaan menerusi gerak kerja serta sumbangan supaya program khususnya di masjid juga surau diimarahkan," katanya.

Beliau berkata, peranan MBI dan Jabatan Agama Islam (JAIS) dilihat berjaya dilaksanakan bagi memastikan umat Islam dipelihara.

"Cuma, Kerajaan Negeri berharap pihak pengurusan masjid dan surau dapat menarik golongan muda bersama dalam aktiviti Islam.

"Saya percaya cabaran hari ini begitu getir dan perlukan umat Islam mempertahankan prinsip yang ditegaskan dalam al-Quran," katanya.

Dalam majlis itu, masjid menerima sumbangan RM300,000; Surau RM150,00 dan SRA/Tahfiz RM200,000.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.