BERITA UTAMA

MIHAS 2018: Northport jalin kerjasama dengan Belgium

6 Apr 2018, 2:42 AM
MIHAS 2018: Northport jalin kerjasama dengan Belgium
MIHAS 2018: Northport jalin kerjasama dengan Belgium

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 6 APR: Pengurusan Pelabuhan Klang Utara (Northport) menjalin kerjasama dengan Belgium, pada program Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2018 (MIHAS 2018), di sini, hari ini.

Pameran itu berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 April bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhari Idris berkata, kerjasama itu lanjutan lawatan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bersama Invest Selangor ke Port of Bruges, Belgium tahun lalu.

"Ia bertujuan menjalinkan hubungan lebih erat dengan negara luar dan ia merangkumi kerjasama daripada segi logistik, import serta eksport.

"Northport juga akan terokai pasaran Eropah, di sana dan membuka peluang kepada usahawan di Selangor untuk mengeksport produk mereka ke Eropah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke gerai pameran Made In Selangor, di MiTEC, di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas berkenaan idea tercetusnya nama Pavillion Selangor, Hasan berkata, ia kerana pembabitan syarikat yang beroperasi, di Selangor mengambil bahagian dalam acara MIHAS semakin bertambah berbanding sebelum ini.

"Tahun ini membabitkan 11 syarikat dan agensi termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut serta mengambil bahagian menyertai pameran halal ini.

"Besar harapan saya, pada tahun hadapan semoga lebih banyak lagi pembabitan syarikat dan usahawan di Selangor menyertai pameran terbesar seperti ini," katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.