EKONOMI

Perang Perdagangan: Saham Wall Street merosot

3 Apr 2018, 1:49 AM
Perang Perdagangan: Saham Wall Street merosot

NEW YORK 3 APR: Saham di Wall Street susut berikutan pelabur meninggalkan saham teknologi di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan.

Indeks utama didagangkan di bawah purata pergerakan 200 hari dan S&P 500 ditutup di bawah paras sokongan teknikal buat pertama sejak Brexit pada Jun 2016.

Dow Jones Industrial Average turun 458.92 mata, atau 1.9 peratus, untuk ditutup pada 23,644.19 selepas jatuh di bawah purata pergerakan 200 hari.

S&P 500 susut 58.99 mata, atau 2.23 peratus, kepada 2,581.88.

Nasdaq Composite turun 193.33 mata, atau 2.74 peratus, kepada 6,870.12.

Amazon.com adalah penyumbang utama kepada kejatuhan S&P 500, susut 5.2 peratus, berikutan Presiden Donald Trump terus menyerang peruncit dalam talian itu di media sosial.

Semua 11 sektor utama S&P 500 ditutup lebih rendah, dengan kejatuhan terbesar dalam indeks berkaitan pengguna dan teknologi, masing-masing susut 2.8 peratus dan 2.5 peratus.

Sejumlah 7.71 bilion saham bertukar tangan, berbanding 7.29 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.