SUKANKINI

Aubameyang, Lacazette pastikan Arsenal menang selesa

2 Apr 2018, 2:22 AM
Aubameyang, Lacazette pastikan Arsenal menang selesa

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 2 APR: Arsenal melakar kemenangan mudah, 3-0 ke atas Stoke City di Stadium Emirates, pada aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.

Tiada jaringan pada babak pertama, walaupun kedua pasukan saling mengasak mencari gol pembukaan.

Selepas 75 minit permainan, Arsenal menarik nafas lega apabila Pierre-Emerick Aubameyang berjaya meledak bola ke jaring Stoke City selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti ekoran kekasaran dilakukan Bruno Martins terhadap Mesut Ozil.

Aubameyang menjadikan kedudukan 2-0, pada minit ke-86 apabila mudah melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Jack Butland.

Selang tiga minit kemudian, The Gunners dihadiahkan sepakan penalti kedua apabila Badou Ndiaye menolak Alexandre Lecazette.

Lecazette yang mengambil sepakan itu tenang memastikan bola ke gawang bagi gol ketiga Arsenal.

Arsenal kekal di tengga keenam dengan 51 mata selepas 31 perlawanan.

Kredit Foto: TheGuardian.com

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.