GLOBAL

Australia usir dua diplomat Russia

27 Mac 2018, 2:05 AM
Australia usir dua diplomat Russia

GLOBAL 27 MAC: Australia menyertai Amerika Syarikat dan sekutu British yang lain dalam mengusir dua diplomat Russia hari ini sebagai tindak balas terhadap serangan agen saraf membabitkan bekas perisik Russia di England.

Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berkata pasangan itu diberi tempoh tujuh hari untuk keluar.

"Keputusan ini mencerminkan sifat serangan senjata kimia yang mengejutkan itu. Ia yang pertama di Eropah sejak Perang Dunia II, membabitkan bahan yang boleh membawa maut di kawasan berpenduduk, sekali gus membahayakan anggota masyarakat yang lain," katanya.

SUMBER: AFP

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.