ad
GLOBAL

UEL: Arsenal, Atletico Madrid, Sporting Lisbon dan Marseille mara ke suku akhir

16 Mac 2018, 2:09 AM
UEL: Arsenal, Atletico Madrid, Sporting Lisbon dan Marseille mara ke suku akhir
UEL: Arsenal, Atletico Madrid, Sporting Lisbon dan Marseille mara ke suku akhir

OLEH AFIX REDZUAN

MOSCOW, 16 MAC: Lapan pasukan mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Europa (UEL) selepas menewaskan lawan masing-masing pada peringkat 16 pasukan terbaik, awal pagi tadi.

Atletico Madrid menjadi pasukan pertama melangkah ke suku akhir selepas menang menerusi agregat 8-1 ke atas kelab Russia, Lokomotiv Moscow.

Pada perlawanan kedua semalam, dua jaringan Fernando Torres membantu Atletico membelasah Lokomotiv 1-5, di gelanggang lawan.

Tiga gol Atletico disumbangkan Angel Correa (min-16), Saul Niguez (min-47) dan Antoine Griezmann (min-85) sementara gol tunggal Lokomotiv disumbangkan Maciej Rybus.

Wakil tunggal dari Liga Perdana Inggeris, Arsenal tidak berdepan masalah menewaskan AC Milan dengan agregat 5-1 selepas menang pada perlawanan kedua 3-1 menerusi dua jaringan Danny Welbeck, di setiap babak.

Granit Xhaka turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-71 sementara gol tunggal Milan dihasilkan Hakan Calhanoglu.

[caption id="attachment_218395" align="alignright" width="441"] Kredit Photo: UEFA Europa League[/caption]

Sementara itu, jaringan Rodrigo Andres Battaglia di masa tambahan membawa Sporting Lisbon ke peringkat suku air apabila menewaskan Viktoria Plzen menerusi agregat 3-2.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas Plzen mencatatkan keputusan 2-0 selepas 90 minit permainan di Doosan Arena, Plazen.

Bas Dost hampir membawa Sporting ke suku akhir lebih awal tetapi beliau gagal menyempurnakan penalti pada penghujung permainan.

Mujur tandukan Rodrigo yang melepasi garisan gol pada minit ke-105 sudah cukup untuk membawa pasukannya ke suku akhir walaupun tewas 2-1.

Olympique Marseille dari Perancis turut tidak berdepan masalah untuk mara dengan agregat 5-2 selepas menang 1-2 ke atas Atletic Bilbao, di gelanggang lawan.

Penati Dimitri Payet dan Lucas Ocampos sudah cukup menafikan gol tunggal tuan rumah menerusi Inaki Williams meneruskan kemaraan.

Nasib berbeza dilalui satu lagi kelab Perancis, Olympique Lyon, apabila disingkirkan kelab Russia, CSKA Moscow, menerusi peraturan gol tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3.

Pada perlawanan kedua awal pagi tadi CSKA Moscow mengejutkan Lyon 2-3, di Groupama Stadium.

Nasib malang turut dirasakan Borussia Dortmund selepas terikat tanpa jaringan ketika menentang Salzburg, sekali gus tersingkir dengan agregat 2-1.

Keputusan Penuh Peringkat 16 Pasukan UEL:

Lokomotiv Moscow 1-5 Atletico Madrid

Athletic Bilbao 1-2 Marseille

Dynamo Kyiv 0-2 Lazio

Viktoria Plzen 2-1 Sporting CP

Zenit St. Petersburg 1-1 RasenBallsport Leipzig

Arsenal 3-1 AC Milan

Lyon 2-3 CSKA Moscow

Salzburg 0-0 Borussia Dortmund

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.