SUKANKINI

UCL: Manchester United tersingkir 2 gol pantas 4 minit

14 Mac 2018, 1:37 AM
UCL: Manchester United tersingkir 2 gol pantas 4 minit

OLEH AFIX REDZUAN

MANCHESTER, 14 MAC: Dua jaringan Wissam Van Yedder dalam tempoh empat minit sudah cukup memastikan Sevilla menyingkirkan Manchester United pada aksi timbal balik 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan agreget 1-2 awal pagi tadi.

Tanpa jaringan pada babak pertama dalam aksi di Old Trafford, Van Yedder yang masuk pada minit ke-72 menggantikan Luis Muriel melepaskan rembatan kencang dua minit kemudian bagi Sevilla mendahului 0-1.

Selang empat minit kemudian, Van Yedder sekali lagi menceriakan pasukan pelawat dengan gol menerusi tandukan pada minit ke-78 bagi memberikan kelebihan dua gol di gelanggang lawan buat Sevilla.

Romelu Lukaku merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-84 selepas menampak sepakan penjuru Marcos Rashford tetapi segalanya sudah terlambat untuk menyelamatkan The Red Devil daripada tersingkir daripada saingan UCL musim ini.

Kredit Foto: UEFA Champions League

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.