EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka rendah

2 Mac 2018, 3:55 AM
Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah untuk tiga hari berturut-turut hari ini, menjejaki penjualan global yang dilanjutkan semalaman ekoran kebimbangan terhadap peningkatan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.47 mata kepada 1,857.39 berbanding 1,860.86 semasa ditutup, semalam.

Indeks utama dibuka 3.05 mata lebih rendah, pada 1,857.81.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 219 berbanding 58, manakala 182 tidak berubah, 1,400 tidak diniagakan dan 20 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 173.84 juta saham bernilai RM55.06 juta.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.