SELANGOR

Kerja meroboh Plaza tol Batu Tiga bermula

21 Feb 2018, 5:04 AM
Kerja meroboh Plaza tol Batu Tiga bermula

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 21 FEB: Kerja-kerja merobohkan Plaza Tol Batu Tiga di sini, telah bermula malam tadi dengan sebahagian daripada struktur fizikal dirobohkan.

Tinjauan mendapati kerja berkenaan membabitkan dua kaunter tol di sebelah kiri dari arah Kuala Lumpur menghala Shah Alam.

Bagaimanapun, perobohan struktur fizikal itu hanya membabitkan lorong kiri dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, banyak pihak terutama pengguna lebuh raya mendesak plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa.

Pada 19 Februari lalu, dua pengguna Lebuhraya Persekutuan menjadi korban struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga, apabila kereta yang dinaiki sepasang sahabat hilang kawalan dan merempuh tembok tol jam 12.55 pagi.

Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat pada 14 Januari lalu.

Sumber gambar: Berita Harian

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.