GLOBAL

Lukaku bawa Manchester United ke suku akhir

18 Feb 2018, 4:44 AM
Lukaku bawa Manchester United ke suku akhir

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 18 FEB: Romelu Lukaku membawa Manchester United ke suku akhir Piala FA Inggeris apabila mencetak dua gol di setiap babak ketika menewaskan Huddersfield Town, 2-0 awal pagi tadi.

Penyerang Belgium itu membuka tirai jaringan awal apabila mudah menyambut lorongan Juan Mata sebelum meledak gol pertama perlawanan.

Cubaan Huddersfield mengasak mencari gol penyamaan tidak berjaya menembusi pertahanan United walaupun menguasai perlawanan.

Juan Mata berjaya merobek gawang tuan rumah di penghujung babak pertama tetapi jaringannya dibatalkan apabila sistem Video Assistant Referee (VAR) mendapati beliau terlebih dahulu dalam keadaan offside.

Lukaku menambah jaringan, pada minit ke-55 apabila berjaya menyambut tolakan Alexis Sanchez bagi memastikan United selesa 2-0, di hadapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.