ad
GLOBAL

Ribuan rakyat protes, desak Netanyahu letak jawatan

17 Feb 2018, 1:26 AM
Ribuan rakyat protes, desak Netanyahu letak jawatan
Ribuan rakyat protes, desak Netanyahu letak jawatan

OLEH NORHAYATI UMOR

TEL AVIV, 17 FEB: Ribuan rakyat Israel melancarkan tunjuk perasaan bagi membantah jenayah rasuah selepas polis menyarankan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa atas kesalahan berkenaan.

Dalam tunjuk perasaan itu, orang ramai melaungkan pelbagai slogan mendesak pemimpin terbabit meletakkan jawatan.

Mereka turut melaungkan kata-kata bantahan apabila salah seorang penceramah dengan sinis memetik kenyataan Netanyahu bahawa beliau tidak bersalah dan tidak akan didakwa.

AFP melaporkan pada Selasa lalu, polis memanggil Netanyahu, 68 untuk didakwa atas kesalahan rasuah, pecah amanah dan penipuan.

Ia sekali gus menjadikan cabaran terbesar parti berhaluan kanan negara itu sejak memegang tampuk pentadbiran.

Bagaimanapun, beliau berulang kali menafikan dakwaan berkenaan.

Netanyahu berkata, kesemua tuduhan itu bermotifkan politik dan mengenepikan desakan banyak pihak untuk meletakkan jawatan.

Manakala, seorang aktivis dikenali sebagai Abi Binyamin berkata, beliau dan rakyat akan berjuang memastikan Netanyahu melepaskan jawatan Perdana Menteri itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.