AGAMA

LZS salur bantuan pendidikan RM28.2 juta

7 Feb 2018, 1:41 AM
LZS salur bantuan pendidikan RM28.2 juta

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan RM28.2 juta bagi sesi persekolahan tahun ini kepada 49,773 anak asnaf fakir miskin di seluruh Selangor.

Dalam kenyataannya, LZS memaklumkan bantuan pendidikan diberikan adalah untuk asnaf fakir, miskin dan muallaf berdaftar, bermula daripada peringkat pra-sekolah hingga ke institut pengajian tinggi (IPT).

"Selain itu, bantuan pendidikan turut disalurkan kepada pelajar asnaf fakir dan miskin di peringkat IPT.

"Bagi Bantuan Umum Pelajaran (BUP) pula merangkumi bantuan persekolahan dan IPT yang sebelum ini ditawarkan kepada bukan asnaf fakir miskin yang ditangguhkan senetara bagi tahun ini," katanya.

Maklumat lanjut berhubung perkara itu, boleh diperoleh dengan melayari laman web LZS di www.zakatselangor.com.my dan di laman FB Zakat Selangor.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.